Pemeriksaan dan rawatan pergigian akan bermula pada 25 Februari 2013. Mohon jasa baik dan kerjasama daripada semua guru kelas agar dapat mengemaskini kad rawatan pergigian kelas masing-masing.
Untuk makluman, bagi guru-guru yang masih belum menyerahkan sumbangan sebanyak RM30.00 bagi program keceriaan sekolah pada tahun lepas dikehendaki menyerahkannya kepada Tn. Hj. Md San B. Suwandi dengan kadar segera selewat-lewatnya pada 8 Februari 2013 ( Jumaat ).
Untuk makluman, sempena cuti Tahun Baru Cina pada 11 - 15 Februari 2013 , guru-guru matapelajaran (Subjek Teras) diminta untuk memberi latihan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan sepanjang cuti sekolah tersebut.