Pengenalan


SEKAPUR SIREH

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebagai pembuka kata mohon diberkati dan direstui setiap usaha dan perancangan hamba
AZIZAH BT. MAT
Mu ini seseai dengan ingatanMu yang bermaksud "Sesungguhnya manusia merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Justeru itu kami sebagai hambaMu yang lemah ini akan menggembeling seluruh tenaga dan pemikiran untuk mencapai satu matlamat bersama berdasarkan semagat kerjasama.

   Sebagai memenuhi keperluan Negara dan keinginan untuk mencapai kemajuan
yang lebih baik di masa akan datang kerajaan telah memperkenalkan Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mencakupi enam teras utama dan
salah satu teras yang diberi tumpuan ialah bidang Pendidikan. menyedari bahawa
untuk mencapai tahap Negara Maju menjelang 2020, tenaga kerja mahir sangat
diperlukan. Sehubungan itu pembentukan tenaga kerja mahir akan direalisasikan
melalui institusi pendidikan.

   Bermula dari tahun 2010 KPM telah melaksanakan penambahbaikan Prasekolah, seterusnya menukar Sistem KBSR kepada Sistem KSSR. Dalam Sistem KSSR ini beberapa kaedah baru telah diperkenalkan antaranya ialah mulai tahun 2011 semua murid tahun 1 akan dinilai melalui Sistem PBS sehinggalah murid tersebut berada di tahun 6 pada 2016. Sistem PBS ini merangkumi pemberian markah sebanyak 40% oleh sekolah, sementara 60% oleh Lembaga Peperiksaan. Murid yang lemah diperingkat awal akan dibimbing dalam Program Linus yang mengandungi 2 perkara utama iaitu Numerasi dan Literasi. Sistem Linus ini akan dilaksanakan sehingga murid berada di tahun 3. Sebarang ketidakupayaan murid menguasai pelajaran dalam sistem ini murid akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan.

   Era sistem pendidikan kian berubah, kebanyakkan urusan perlu diselesaikan melalui On-line. Semua pihak seperti guru dan ibubapa harus bersedia memahirkan diri mengakses maklumat menerusi komputer. Kita perlu berubah dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya tidak ketinggalan dalam segala urusan. Sebarang masalah yang timbul dalam melaksanakan sistem baru ini jalan penyelesaian yang terbaik ialah melalui perbincangan dan rundingan. Amalkan sikap berbaik sangka dan berlapang dada dalam menangani sesuatu isu kerana kita ibarat satu keluarga. Anak-anak adalah waris masa depan kita dan kita tak sanggup meninggalkan mereka dalam keadaan lemah dan tidak berdaya. Perkara kecil dan remeh usahlah diperbesarkan dan perkara besar dibincang secara berhemah. Biarlah kita menjadi orang yang pemaaf kerana sikap itu kita disayangai Allah.

   Azam kami ialah berusaha dengan kekuatan sepenuhnya serta memberikan tunjuk ajar dan teladan yang terbaik disepanjang perkhidmatan kami. Untuk merealisasikan budaya kecemerlangan ini usaha dari guru sahaja tidak mencukupi sebaliknya ia harus dibantu oleh sokongan padu dari ibubapa kerana guru dan ibubapa mempunyai peranan yang hampir sama. Kesepakatan ini amat bersesuaian bak kata pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Sekian, terima kasih.







- SEJARAH RINGKAS -





Sekolah Kebangsaan Meru telah ditubuhkan pada Disember 1994. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Jalan Tap dan telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Meru (Jalan Tap).


Di awal pembukaan sekolah mempunyai lebih kurang seramai 500 orang murid dan berkeluasan 10 ekar. Sekolah ini juga merupakan sebuah Sekolah Gred A.

Mempunyai 2 buah bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan 1 tingkat di awal penubuhannya.
Bagi menampung kapasiti murid yang kian bertambah, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina pada 2008 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2010.


Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mula dijalankan pada 2010 yang menempatkan 11 orang murid. Selain itu, dua buah kelas Prasekolah yang menempatkan 50 orang murid mula dijalankan pada awal persekolahan 2003.

Pada tahun 1995, PIBG SK Meru telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan no.Pendaftaran SEL 848. Julung kalinya PIBG SK Meru telah mengadakan Program Kayuhan 1 Meru yang bertujuan mengumpul dana bagi pembinaan surau SK Meru yang dibina untuk kemudahan warga SK Meru khasnya.




SENARAI GURU BESAR
1. Tn. Hj. Mohd Fadzillah B. Hj. Noh
01.12.1994 - 19.12.1999

2. Pn. Hjh. Habsah Bt. Hj. Said
21.12.1999 - 30.09.2001

3. Pn. Rosnaini Bt. Hashim
01.12.2001 - 15.01.2004

4. Shaari B. Ahmad Talib
16.3.2004 - 01.11.2011

5. Mohd Sairi B. Hussin
16.11.2011 - Sehingga kini







LENCANA SEKOLAH


PADI
Padi adalah tanaman utama negara. Padi juga merupakan satu keperluan asas. Oleh itu dapatlah diumpamakan ia sebagai produk / hasil utama sekolah iaitu prestasi baik dari segi akademik mahupun kurikulum.

OBOR
Obor ialah penyuluh. Ia melambangkan ilmu dan suatu kehidupan warga sekolah yang ceria.

BUKU
Bentuk buku terbuka melambangkan ilmu pengetahuan yang dicurahkan itu tiada batasan untuk dipelajari dan dituntut.

GELUNG


Gelung melambangkan kejohanan sukan-sukan sekolah. Dengan ini dapatlah dimaksudkan sebagai semangat kesukanan dan muhibbah yang berkait rapat antara guru dan murid.



LAGU SEKOLAH

TERSERGAM INDAH SEKOLAH KAMI
MENJADI PUSAT MENIMBA ILMU
GURU MENDIDIK DENGAN DEDIKASI
TANPA MENGIRA JEMU

DI SINI KAMI TUMPAHKAN SETIA
BERTEKAN AKAN MENCAPAI CITA
BELAJAR BERSUNGGUH SEHINGGA BERJAYA
MENJANA INSAN MULIA

BERTAQWA DAN BERILMU
TETAP DI SANUBARI
SEKOLAH KEBANGSAAN MERU
AKAN TETAP DI HATI 

2 comments: