Friday 8 March 2013

PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013 (SABTU 9 MAC 2013 KEPADA 16 MAC 2013)

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 5 Tahun 2013 : Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013, KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4(44) bertarikh 19 Februari agar cuti berganti yang dimaklumkan awal pada 09 Mac 2013 diganti pada 16 Mac 2013 (Sabtu).

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan diminta memastikan kehadiran anak Tuan/Puan pada tarikh baru sekolah gantian yang telah ditetapkan. Kerjasama serta sokongan tuan/puan amatlah dihargai. Terima kasih.

UJIAN BULANAN PERTAMA 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Ujian Bulanan Pertama bagi murid0murid tahun 4,5 dan 6 pada 12/03/2013 - 15/03/2013. Oleh yang demikian tuan/puan diminta untuk memastikan kehadiran dan penyediaan kelengkapan alatulis bagi kegunaan anak tuan/puan pada tarikh-tarikh tersebut. 

Murid yang gagal hadir pada tarikh-tarikh berkenaan akan dikira tidak mengambil kertas ujian tersebut dan markah tidak akan dikira.