TAKRIF ETIKA KERJA
Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.
OBJEKTIF ETIKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Menanamkan sikap positif dan menghapus sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertimbangkan kualiti kerja.
2. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi.
3. Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
PRINSIP ETIKA KERJA
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
- Niat yang betul.
- Perlakuan yang baik
- Penggerak ke arah kebaikan.
- Mengotakan apa yang dikatakan.
- Berdisiplin dan beradab.
Niat yang betul
Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama, selari dengan landasan berikut :
- Memenuhi kehendak Falsafah Pelajaran Kebangsaan, misi, matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara.
- Memberikan sumbangan bermutu.
- Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan.
Perlakuan yang baik
Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pelajaran ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga Kementerian Pendidikan Malaysia perlu :
- Menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa.
- Menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan disamping memberikan kepuasan kepada pelanggan.
- Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
Penggerak ke arah kebaikan
Setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru, seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah :
- Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan.
- Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakat sejawat.
- Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.
Mengotakan apa yang dikatakan
Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanaka apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah :
- Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.
- Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan.
- Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.
Berdisiplin dan beradab
Aktiviti yang berperaturan mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga Kementerian yang cemerlang. Justeru setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah :
- Sentiasa menjaga adab sopan seperti terdapat dalam ajaran agama.
- Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan.
- Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.
0 comments:
Post a Comment