Sistem Pendidkan dan Sejarah Pendidikan



Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:

1. Pendidikan Prasekolah
Program Pendidikan bagi murid yang berumur dari 4-6 tahun.

2. Pendidikan Rendah
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi bleh tamat diikuti dalam tempoh antara 5-7tahun yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

3. Pendidikan Menengah
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas, Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:-
a) Sekolah akademik
b) Sekolah Teknik dan Vokasional
c) Sekolah Kebangsaan Agama

4. Pendidikan Lepas Menengah
Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tidak termasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah:-
a) Sekolah Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
b) Sekolah SUkan yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.


IMBASAN SEJARAH PENDIDIKAN

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957

Zaman Pengukuhan
- Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan.
- Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia.
- Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia.
- Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961

Zaman Kemaskini
- Penegasan kepada pendidikan asas 3M : Membaca, Menulis, Mengira.
- Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.
- Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.
- Penegasan menengah atas melalui dua Jurusan iaitu Akademik dan Vokasional.
- Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.
- Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dalam meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.

Rang Undang-Undang Pendidikan 1995
- Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
- Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
- Tempoh pendidikan rendah antara 5 - 7 tahun.
- Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
- Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.
- Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.

0 comments:

Post a Comment